Monday 25 July 2016

Amalan Hijau (Go Green)

Aspek Amalan Hijau di pejabat turut ditekankan di dalam EKSA di mana agensi perlu melaksanakan program seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber. 

Aktiviti Amalan Hijau diharap dapat diterapkan kepada keseluruhan warga INTURA ke arah penggunaan sumber secara optimum.

Berikut disertakan sebahagian maklumat yang diekstrak dari Surat Pekeliling Am Bilangan 2 tahun 2014 untuk makluman dan amalan bersama.


sila klik imej untuk paparan sebenar

sila klik imej untuk paparan sebenar

sila klik imej untuk paparan sebenar

sila klik imej untuk paparan sebenar

sila klik imej untuk paparan sebenar



Wednesday 2 March 2016

Lawasan Penandaarasan EKSA ke IAB Utara [6 Mac 2016]

Satu Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) INTAN Wilayah Utara telah diadakan pada 6 Mac 2016 di Institut Aminudin Baki (IAB) Cawangan Utara, Jitra. Lawatan ini merupakan anjuran Jawatankuasa Latihan EKSA INTURA.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat sejauh mana pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di IAB Cawangan Utara untuk dijadikan contoh dan panduan dalam pelaksanaan EKSA di Jabatan ini.
Seramai 31 orang daripada Jabatan ini telah terlibat dalam lawatan tersebut yang terdiri daripada AJK Jawatankuasa Induk EKSA, Ketua Zon EKSA INTURA dan wakil dari setiap zon. Diharapkan dengan lawatan sebegini Jabatan dapat mengambil manfaat sebaiknya dan membantu dalam menjayakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di INTAN Wilayah Utara